Meskipun tahun 2020 merupakan detik sukar bagi semua pihak susulan wabak Covid-19, Ducati masih mampu merekodkan penjualan Suku Ke-3 (Q3) terbaik pernah dilakukan.
Penjualan Q3 membabitkan bulan Jun hingga September menyaksikan lebih 14,694 unit terjual dengan bulan September mencatat penjualan tertinggi, 4,468 unit!
China, Switzerland dan Jerman turut merekodkan penjualan lebih tinggi tahun ini berbanding tempoh sama pada 2019.
Kami menjangkakan angka tinggi tersebut disumbang menerusi model premium terbaru membabitkan Panigale V4 dan Streetfighter V4 serta Panigale V2.
Menurut Ducati, mengalihkan pelancaran motosikal ke platform digital menerusi strim langsung turut berjaya memastikan jenama itu terus disebut-sebut peminat di seluruh dunia.
Dalam perkembangan sama, Ducati turut memperluaskan rangkaian dengan pembukaan pusat pameran di Rio de Janeiro, Vienna, Wolfsburg dan Antwerp.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Ducati, Claudio Domenicali menyifatkan syarikat itu akan terus melaksanakan yang terbaik bagi para Ducatisti di seluruh dunia.