UMW Toyota Buka Tempahan Yaris ‘Facelift’ 2020

Advertisements

UMW Toyota Motor membuka tempahan bagi Toyota Yaris baharu (facelift), hari ini.

Toyota Yaris baharu ini menampilkan rekaan yang telah dikemas kini antaranya reka bentuk bampar depan serba baharu di samping penggunaan aerokit dan rekaan gril berbeza.

Antara ciri lain yang turut diperkemas adalah penggunaan lampu depan ‘triple bezle’ LED yang kini dilengkapi dengan fungsi ‘follow-me-home’ sekaligus mempertingkatkan ciri keselamatan dan kemudahan pengguna.

Menariknya, fungsi ini boleh didapati pada semua varian (J,E dan G).

Menurut Presiden UMW Toyota Motor Sdn Bhd, Ravindran K, Yaris baharu ini menawarkan sentuhan baharu.

“Yaris yang diperbaharui ini dibina untuk melangkaui standard sedia ada.

“Model yang sudah sedia menarik ini diberikan sentuhan baru untuk tampil lebih dinamik dengan karisma personaliti tersendiri. Ini merupakan cerminan kepada kesungguhan Toyota di peringkat global dalam mengatur langkah ke hadapan.

Sejak dilancarkan pada April 2019, Yaris menjadi pilihan no.1 bagi kenderaan hatchback segmen Bukan Nasional sehingga kini.

Orang ramai yang berminat dengan Yaris 2020 ini boleh mula membuat tempahan di pusat pameran Toyota seluruh negara dengan harga (estimated price) bermula dari RM71,688 hingga RM85,587 dengan setiap pembelian didatangkan dengan jaminan lima tahun dan perbatuan tanpa had.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.