Suzuki Sah Bangunkan Enjin 700cc Parallel-Twin, Ganti SV650?

Beberapa bulan lalu, Suzuki telah memfailkan paten enjin parallel-twin yang didakwa bakal menjadi fokus baharu jenama motosikal Jepun itu.

Kini, satu lagi dokumen paten telah difailkan kali ini memaparkan sebuah jentera dengan enjin parallel-twin yang dijangka menggantikan SV650.

*enjin parallel-twin 700cc lebih kompak berbanding v-twin 650cc sedia ada.

Hakikatnya, enjin 650cc v-twin yang diguna pakai pada SV650 dan V-Strom 650 merupakan antara enjin terbaik dalam kelasnya namun susulan telah pun berusia lebih 20 tahun, langkah seterusnya adalah mempertaruhkan enjin serba baharu.

Apatah lagi dengan penguatkuasaan Euro5 pada 2021, penggunaan enjin baharu dilihat lebih relevan.

*kedudukan saluran ‘intake’ dan kotak angin kini terletak di bahagian atas enjin

Berdasarkan paten yang dikongsikan, kedudukan saluran’intake’ dan kotak angin kini terletak di bahagian atas enjin bagi memastikan rekaan yang lebih kompak lantas menjimatkan ruang.

Meskipun gambaran paten itu memaparkan jentera menyamai SV650 namun enjin parallel-twin itu juga dijangka akan diperkenalkan pada motosikal jenis adventure, V-Strom 700 mungkin?

Apa pun, Suzuki dijangka akan mengambil masa dengan pembangunan enjin baharu ini tatkala pengeluar lain telah pun mula memperkenalkan model 2021 ketika ini.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]