Imej Yamaha MT-09 2021 Didedahkan Menjelang Pelancaran Di Eropah!

Yamaha MT-09 bakal menerima beberapa kemas kini baharu bagi 2021.

Antara aspek yang akan diperbaharui adalah enjin baharu yang kini mematuhi piawaian Euro5 yang akan berkuat kuasa tahun depan.

Kami difahamkan sesaran enjin tersebut yang ditingkatkan dari 847cc ke 890cc.

Secara tidak langsung, enjin baharu itu akan mencerna kuasa yang lebih tinggi, 120hp berbanding 114hp pada model sedia ada.

Pada masa sama, menjelang pelancaran MT-09 2021 di Eropah hari ini, beberapa gambar yang memaparkan jentera itu turut tular di media sosial.

Berdasarkan imej dikongsikan, MT-09 2021 turut menjalani kemaskini rekaan terutamanya di bahagian lampu depan yang kini menampilkan lampu LED berbentuk bulat di samping penggunaan paparan meter jenis TFT berwarna berbanding LCD sebelum ini.

Maklumat lanjut mengenai model ini akan didedahkan sebaik dilancarkan di Eropah, hari ini.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]