PKPB Dilanjutkan Hingga 9 November Bagi Selangor, Kuala Lumpur Dan Putrajaya

Advertisements

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) telah pun berkuatkuasa pada 14 Oktober lalu bagi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya dan sepatutnya berakhir pada 27 Oktober ini.

Bagaimanapun,susulan kes positif berada di paras tinggi, kerajaan memutuskan untuk melanjutkan PKPB (dua minggu) bagi tiga kawasan terbabit sehingga 9 November.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Menteri Kanan (Keselamatan) Dato Seri Sabri Yaakob, sewaktu sidang media harian PKPP, hari ini.

Terkini, Malaysia merekodkan 1,240 kes positif dengan 1,238 kes adalah kes tempatan menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 27,805 kes.