Paten Honda Rebel Dengan Enjin 1100cc Didedahkan – Dengan DCT!

Pada Mac lalu,terdapat dakwaan bahawa Honda dalam perancangan menghasilkan Rebel versi 1100cc.

*Young Machine mendakwa Honda bakal perkenalkan Rebel 1100

Honda Rebel itu dicanang mengguna pakai enjin CRF1100L Africa Twin seperti yang dilaporan media Jepun, Young Machine.

*Seperti biasa jika laporanya itu datang dari Young Machine, maknananya kami perlu ambil serius dakwaan tersebut.

Selang beberapa bulan, dakwaan itu kini selangkah untuk menjadi realiti apabila Honda memfailkan paten yang memaparkan Rebel dengan enjin parallel-twin 1100cc!

*Honda memfailkan paten Rebel dengan enjin 1100cc

Berdasarkan paten terbabit, rupa enjin tersebut sememangnya menyamai enjin parallel-twin yang terdapat pada CRF1100L Africa Twin.

*Ketiadaan lever klac menandakan penggunaan transmisi jenis DCT

Namun apa yang mencuri tumpuan, paten tersebut turut menunjukkan ketiadaan lever klac sekaligus menandakan Rebel 1100 ini akan dilengkapi transmisi DCT (Dual Clutch Transmission) seperti yang terdapat pada Africa Twin.

*Perbandingan Rebel 1100 dengan Rebel 500

Menurut laporan Motorcycle.com, Honda Rebel 1100 ini mungkin akan dilancarkan lebih awal dari jangkaan.

Ketika ini, Honda hanya menawarkan Rebel dengan enjin 471cc parallel-twin (EURO4) yang menawarkan 45.9hp pada 8,500rpm dan 43Nm pada 6,500rpm.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]