Royal Enfield Catat Kemenangan Sulung Di Kejuaraan Flat Track Amerika!

Royal Enfield merekodkan kemenangan sulung dalam kelas Production Twins di kejuaraan Flat Track Amerika, Florida.

Pencapaian itu dilihat sebagai kejayaan besar buat Royal Enfield apatah lagi bertanding dalam musim pertama kejuaraan itu.

Ketika penampilan pertama Royal Enfield sebulan yang lalu, mereka berjaya menduduki tempat keenam menerusi Johnny Lewis.

Kemenangan ini turut menyaksikan Royal Enfield mengatasi jentera jenis Yamaha MT-07 dan Kawasaki Z650 yang sebelum ini mendominasi kelas Production Twins.

“Kami semua telah bekerja dengan keras untuk mencapai kejayaan ini. Salah seorang daripada mekanik, Ben Groh telah bersama saya sejak Ogos.

“Saya teruja kerana dapat merangkul kemenangan untuk pasukan Royal Enfield di India, United Kingdom dan Amerika Utara.

“Kami akan lebih berpuas hati jika dapat menamatkan kejuaraan musim ini dengan dua kemenangan meskipun menggunakan jentera yang masih berada di peringkat pembangunan,” jelas Lewis.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]