Kawasaki ZX-10R Dan ZX-10RR Dikemas Kini Bagi 2021

Advertisements

Dalam tempoh kurang dua bulan dari sekarang, Kawasaki bakal melancarkan enam jentera baharu bagi tahun 2021.

Bagaimanapun, sehingga kini masih tiada maklumat terperinci apakah antara jentera yang akan diperkenalkan namun dapat dipastikan salah satu daripadanya adalah Kawasaki ZX-10R dan ZX-10RR.

Namun, berdasarkan laporan, jentera tersebut bukanlah merujuk kepada model serba baharu sebaliknya sekadar kemas kini daripada model sedia ada.

Antara penambahbaikan yang akand dilaksanakan adalah bahagian enjin yang didakwa akan menghasilkan kuasa kuda dan tork yang lebih tinggi.

Kemas kini itu adalah sebahagian daripada usaha untuk membantu Kawasaki di pentas Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK).

Langkah itu juga dijangka akan membawa perubahan terhadap ‘engine mounting’ dan beberapa ciri enjin lain.

Menurut laporan, rekaan keseluruhan akan terus kekal sama seperti versi sedia ada namun dengan aerodinamik yang lebih baik termasuk penggunaan winglet yang ketika ini merupakan keperluan ‘homologation’ di WSBK.

Senario ini mungkin juga menyaksikan Kawasaki akhirnya akan perkenalkan paparan digital berwarna pada ZX-10R dan ZX-10RR.

Kawasaki akan melancarkan enam model baharu itu pada 23 November ini. – Asphalt & Rubber

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.