Honda CRF1100L Africa Twin Bakal Dapat Suntikan ‘Supercharge’!

Baru-baru ini, Ducati mengesahkan telah pun memulakan penghasilan Multistrada V4.

Jentera segmen adventure itu kini dijangka menawarkan prestasi dan kuasa lebih tinggi apabila mendapat sentuhan enjin V4 yang ditawarkan pada Panigale dan Streetfighter sebelum ini.

Meskipun langkah itu kelihatan asing ketika itu namun kini terdapat bukti bahawa Honda akan turut serta menyuntik kuasa ekstra kepada motosikal ADV popular, CRF1100L Africa Twin.

Paten difailkan ini memaparkan sistem supercharge dimuatkan ke chasis Africa Twin sedia ada.

Bukti tersebut hadir dalam bentuk paten yang difailkan di pejabat paten Jepun.

Berdasarkan imej paten itu jelas sistem ‘supercharge’ itu direka untuk dimuatkan ke dalam chasis Africa Twin sedia ada yang berkedudukan sejajar dengan enjin parallel-twin 1,084cc.

Senario itu hampir pasti menyaksikan Africa Twin yang ketika ini menawarkan sekitar 101hp akan dianjak kepada angka yang lebih tinggi termasuk tork.

Sistem supercharge dilihat diletakkan di atas kotak gear.

Meskipun tidak dinafikan Honda CRF1100L merupakan antara jentera ADV yang terbaik dalam pasaran namun model itu bukanlah yang paling berkuasa.

BMW R 1250 GS menghasilkan 134hp sementara Ducati Multistrada 1260S menawarkan sekita 158hp dan angka itu dijangka mencecah 170hp dengan varian V4.

Tindakan meletakkan enjin supercharge bukanlah perkara baharu apabila Kawasaki telah pun mengikut rentak itu menerusi H2, H2R dan H2SX.

Penggunaan sistem supercharge jenis twin-screw, lebih efisien dalam menghasilkan kuasa sewaktu rev rendah.

Bagaimanapun, berbeza dengan Kawasaki yang menggunakan sistem supercharge centrifugal, Honda memilih sistem supercharge jenis twin-screw.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]