Baru-baru ini kami berpeluang mengikuti sesi pemanduan Toyota Hilux Rogue 2.8L yang bermula di UMW Toyota sehingga ke Janda Baik.
Umum mengetahui Toyota Hilux merupakan trak pikap paling laris di Malaysia dengan generasi kelapan telah pun diperkenalkan pada tahun 2015 sebelum menjalani dua kemaskini ‘facelift’ pada 2017.
Bagaimanapun, bagi memastikan Hilux terus kekal relevan bagi tahun 2020, Toyota memperkenalkan varian Rogue 2.8L yang bukan sahaja telah dinaik taraf dari aspek reka bentuk malah ciri keselamatan.
Ini lima (5) sebab kami rasa Toyota Hilxu Rogue 2.8L berbaloi untuk dibeli.
- Lima varian ditawarkan mengikut cita rasa pelanggan
Bagi tahun 2020, Toyota menawarkan lima varian Hilux termasuk harga seperti berikut:
- Hilux Rogue 2.8 Double Cab AT (Flagship)
- Hilux 2.4 V AT Double Cab
- Hilux 2.4 E AT Double Cab
- Hilux 2.4 G MT Double Cab
- Hilux 2.4 MT Single Cab
- Toyota Safety Sense (TSS)
Pada masa ini, aspek keselamatan harus menjadi penanda aras bagi semua jenis kenderaan termasuk bagi trak pikap.
Sistem TSS yang terdapat pada Hilux Rogue ini merangkumi tiga aspek:
- Pre-Collision System (PCS)
- Dynamic Radar Cruise Control (DRCC)
- Lane Departure Assist (LDA)
Pada masa sama, Hilux Rogue ini turut didatangkan dengan pelbagai bantuan pemanduan lain antaranya Blind Spot Monitor dengan Rear Cross
Traffic Alert, Downhill Assist Control, Hill Start Assist Control, Trailer Sway Control, Vehicle Stability Control dan Traction Control, Brake Assist serta ABS dengan Brakeforce Distribution.
Tak lupa juga, terdapat 7 beg udara SRS ditawarkan diruang dalam!
- Enjin berkuasa tapi lebih jimat!
Toyota telah melaksanakan kemaskini terhadap bahagian enjin 2.8L turbodiesel dari aspek kuasa kuda dan tork.
Enjin Hilux Rogue itu kini menghasilkan 204hp pada 3,400rpm dan 500Nm pada 1,600 hingga 2,,800rpm dan meskipun terdapat peningkatan kuasa, Toyota berjaya melaksanakan penjimatan minyak lebih 4 peratus!
Sementara enjin 2.4L bagi empat varian lain kini menawarkan Variable Nozzle Turbocharger (VNT) dan sistem ‘commonrail’ bagi memastikan penjimatan minyak lima peratus lebih baik.
Kemaskini baharu ini menyaksikan Hilux baharu ini menawarkan tempoh servis yang lebih panjang daripada 5,000km/tiga bulan kepada 10,000km/enam bulan lantas menyumbang kepada penjimatan kos selenggara.
- Lebih stabil, lancar dan senyap!
Sepanjang pemanduan dari Shah Alam sehingga ke Janda Baik cukup selesa dan stabil meskipun ada masanya menyelusuri permukaan yang tidak rata.
Kesemua ini terhasil daripada bantuan Auto Limited Slip Differential (Auto LSD) serta Traction Control yang memastikan cengkaman berada di tahap tertinggi.
Menariknya, Auto LSD ini bertindak lebih pantas berbanding sistem 4×4 konvensional.
Toyota turut memberi penekanan terhadap ruang kabin yang kini dihindari daripada bunyi bising sewaktu memandu.
- Anti-pencuri
Menariknya, kelima-lima varian didatangkan dengan sistem sekuriti yang merangkumi immobilizer enjin, sensor kabin dan penggera.
Sementara sistem Vehicle Telematics System (VTS) – yang didatagkan secara standard pada Hilux Rogue dan 2.4V – berfungsi menyalurkan info lokasi semasa kenderaan menggunakan signal GPS.
Kesemua sistem ini memastikan pemilik kenderaan tidak perlu gusar ketika meninggalkan kenderaan di parkir.
Demikian lima sebab kami berasakan Toyota Hilux 2020 terutamanya Rogue 2.8L adalah berbaloi untuk dibeli apatah lagi Toyota turut menawarkan waranti 5 tahun atau 150,000km bagi setiap pembelian.
Bagaimanapun, jika anda masih belum yakin, Toyota turut menawarkan sesi pandu uji di semua pusat pameran rasmi Toyota seluruh negara.