Suzuki Dedah Gixxer Akan Mendarat Di Malaysia

Suzuki Malaysia mendedahkan akan membawa masuk model Gixxer bagi pasaran Malaysia.

Perkara itu disahkan menenerusi perkongsian terbaru di Facebook Suzuki Malaysia, semalam.

https://www.facebook.com/Suzukimalaysia/posts/3876274209084411

Suzuki Gixxer didatangkan dalam dua versi, fairing dan naked dengan dua sesaran enjin ditawarkan, 150cc dan 250cc.

Bagaimanapun, dijangkakan Suzuki Malaysia akan memfokuskan pada versi naked menerusi varian 150cc dan 250cc.

Suzuki Gixxer 150

Gixxer 150 menawarkan enjin 155cc satu silinder dengan penyejukkan udara yang menghasilkan 13hp pada 8,000rpm dan 13.8Nm pada 6,000rpm yang disalurkan menerusi transmisi 5-kelajuan.

Suzuki Gixxer 250

Manakala Gixxer 250 menawarkan 26hp pada 9,300rpm dan 22.2Nm pada 7,300rpm hasil daripada enjin 249cc satu silnder dengan penyejukan minyak.

Kotak gear pula menawarkan transmisi 6-kelajuan.

Suzuki Gixxer SF 250

Sementara versi dengan fairing (SF) bagi kedua-dua model – 150 dan 250cc – menawarkan spesifikasi sama termasuk fork teleskopik, paparan digital, lampu depan dan belakang LED.

Bagaimanapun, belum dapat dipastikan sama ada versi 150cc atau 250cc yang akan diperkenalkan untuk pasaran Malaysia ketika ini.

Baru-baru ini, Suzuki Malaysia turut memberi bayangan akan mengembalikan Belang Fi 150 dan GSX-R.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply