Honda Malaysia Buka Tempahan CR-V Baharu – Kini Dengan Honda Sensing

Honda Malaysia membuka tempahan bagi CR-V baharu di semua 101 pusat pengedar Honda seluruh negara.

Honda CR-V merupakan antara SUV paling popular di Malaysia dengan lebih 36,000 unit telah pun terjual sejak 2017.

Dikuasakan dengan enjin 1.5L VTEC Turbocharged, CR-V baharu ini menawarkan 193hp dan 243Nm.

Bagaimanapun, ciri penting yang terdapat pada model ini adalah teknologi keselamatan generasi baharu, Honda SENSING yang terdapat pada Civic, Accord dan terbaru City RS.

Sementara itu, antara ciri menarik lain terdapat pada CR-V baharu ini adalah seperti berikut:

  • Adaptive Cruise Control (ACC)
  • Low-Speed Follow (LSF)
  • Forward Collision Warning (FCW)
  • Collision Mitigation Braking System (CMBS)
  • Lane Departure Warning (LDW)
  • Road Departure Mitigation (RDM)
  • Lane Keeping Assist System (LKAS)
  • Auto High-Beam (AHB)

Menurut Honda lagi, sistem Honda LaneWatch kini turut didatangkan secara standard.

Honda LaneWatch berfungsi sebagai ‘mata’ tambahan bagi pemandu hasil daripada kamera yang diletakkan di bahagian cermin sisi sebelah kiri yang akan memaparkan rakaman di sebelah kiri sewaktu pemandu mahu membuat pertukaran lorong.

Menurut Honda Malaysia, CR-V baharu ini akan dilancarkan pada suku ke-4 2020.

Orang ramai yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut boleh menghubungi talian bebas tol Honda di 1-800-88-2020 atau layari www.honda.com.my.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]