MotoGP: Bagnaia Ganti Dovizioso Di Ducati, Zarco-Martin Taruhan Baharu Pramac

Pasukan Ducati MotoGP telah mengumumkan Francesco Bagnaia sebagai pelumba baharu bagi musim 2021.

Francesco Bagnaia

Dia bakal digandingkan semula dengan pasangan sama di Pramac Racing musim ini, Jack Miller yang telah pun diumumkan sebagai pelumba factory lebih awal.

Perancangan awal Ducati adalah menggabungkan Miller dan pelumba tonggak, Andrea Dovizioso musim depan namun Dovizioso membuat keputusan untuk berpindah selepas lapan tahun bersama.

Keputusan mengejut itu sekaligus membuka peluang kepada beberapa pelumba termasuk Johann Zarco sebelum Bagnaia disahkan sebagai taruhan baharu 2021.

Bagnaia merupakan juara di Moto2 pada 2018 dan salah seorang protege akademi VR46 di samping Franco Morbidelli.

Bagnaia dan Miller

Sementara itu, keputusan Ducati dengan mempertaruhkan Miller dan Bagnaia bagi musim 2021 menandakan langkah baharu diambil pasukan itu yang sebelum ini lebih gemar menaruh kepercayaan kepada pelumba berpengalaman antaranya Jorge Lorenzo, Nicky hayden dan Valentino Rossi.

Johann Zarco

Dalam perkembangan sama, Zarco dan Jorge Martin diumumkan sebagai pelumba baharu Pramac Racing musim depan.

Jorge Martin

Pengumuman ini turut menandakan kebangkitan Zarco selepas bergelut dengan KTM sebelum ini.

Pengalaman Zarco juga dilihat mampu memberi manfaat kepada pelumba muda dan juara dunia Moto3 2018, Martin yang kini dalam musim keduanya di Moto2.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]