Minat Dengan Africa Twin? Honda Cadang Hasilkan Versi 250cc

Demikian dakwaan dibuat media Jepun, Young Machine dalam laporan terbaru.

Young Machine, yang terkenal dalam mendedahkan ‘perancangan’ pengeluar motosikal Jepun terutamanya Honda, kini membuat satu lagi ‘pendedahan’ terbaru.

Selepas melaporkan Honda bakal perkenalkan Rebel versi 1,100cc dan jentera bernadikan enjin V4 kini dilaporkan pengeluar motosikal Jepun itu bercadang memperkenalkan Africa Twin dengan enjin 250cc.

Difahamkan, pelaksanaan itu akan dibuat dengan cara mengemas kini CRF250L Rally dengan DNA Africa Twin.

Hakikatnya Honda tidak perlu membuat sebarang rombakan besar tatkala CRF250L Rally telah pun mempamerkan ciri jentera ADV menerusi penghadang angin yang tinggi, sump plate, dan handguard.

Persoalannya, mengapa Honda perlu mengubah CRF250L Rally dengan elemen Africa Twin? Ini kerana Honda mendapati trend semasa adalah condong ke arah jentera ‘adventure’ seperti mana dilakukan pengelua lain antaranya KTM 390 Adventure (versi 250cc turut akan diperkenalkan) dan Suzuki V-Strom 250.

Bagaimanapun, masih tiada pengesahan daripada pihak Honda sendiri mengenai perancangan namun seperti yang kami jelaskan sebelum ini, jika laporan ini datangnya dari Young Machine maka tunggu masa sahaja sebelum pendedahan ini menjadi realiti.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]