Valentino Rossi menjangka akan menandatangani kontrak bersama Petronas Yamaha SRT hujung minggu ini di GP Catalunya.
Rossi sebelum ini mendedahkan hampir pasti sertai Petronas SRT sebaik musim 2020 kembali bersambung.
Bagaimanapun, senario Rossi-Petronas SRT kembali senyap sejurus selepas itu hingga bangkit khabar angin bahawa dia akan bersara.
Namun, Rossi kembali memberi jaminan dia akan beraksi bersama SRT musim depan dan mendedahkan persetujuan telah tercapai ketika di Misano.
Pelumba berusia 42 tahun itu akan menandatangani kontrak satu tahun hujung minggu ini.
“Kami telah mencapai persetujuan di Misano. Situasi ini sangat jelasn, saya akan beraksi bersama Petronas musim depan.
“Saya akan menandatangani kontrak hujung minggu ini dan saya gembira untuk terus beraksi musim depan bersama Yamaha dan Petronas,” jelasnya.
Rossi akan digandingkan bersama Franco Morbidelli yang merupakan anak didik pertamanya ketika di Akademi VR46 menggantikan Fabio Quartararo yang diangkat ke pasukan factory Yamaha.
Menurut Rossi, penangguhan kontrak tersebut berlaku ekoran mencari jalan penyelesaian mengenai jentera factory spec YZR-M1. – Crash.Net