Vespa Primavera RED Dilancarkan Di Malaysia – RM19,500

Didi Resources selaku pengedar rasmi Vespa di Malaysia melancarkan Vespa Primavera RED edisi terhad yang lahir hasil kerjasama dua hala RED dan program Vespa for Children.

Vespa Primavera RED 150 edisi terhad ini menawarkan pilihan warna serba merah termasuk di bahagian rim lantas menjadikan model ini serba unik.

Turut menonjolkan lagi rupa keseluruhan model ini adalah logo ikonik Vespa yang kini diterapkan dengan lencana RED.

Bagi menawarkan pengalaman unik, tempat duduk juga mengguna pakai kulit nubuck seperti yang terdapat pada Vespa 946.

Bahagian enjin pula mengekalkan I-get 154.8cc satu silinder dengan Port Fuel Injection (PFI) yang menghasilkan 12.7hp pada 7,750rpm dan 12.8Nm pada 6,500rpm dan disalurkan menerusi tranmisi CVT.

Sementara itu, sebagai kerjasama dengan RED, setiap pembelian Vespa Primavera RED ini USD100 (RM416) akan disalurkan kepada Global Fund dalam membantu mereka yang terkesan dengan HIV/AIDS.

Primavera RED 150 ini ditawarkan pada harga RM19,500.

RED merupakan pertubuhan yang dibangungan Bono (U2) bersama Bobby Shriver pada 2006 dan memfokuskan pada membantu mereka yang terkesan dengan HIV/AIDS.

Setakat ini, RED telah pun membantu dalam menyumbang bantuan lebih USD500 juta kepada Global Fund dan telah pun membantu lebih 110 juta orang.

Kerjasama RED dan program Vespa for Children kali ini akan menyaksikan Piaggio Group bersama-sama RED memberi sokongan kepada India yang muncul antara negara terkesan teruk dengan permasalahan ini.

Ditubuhkan pada 2006 oleh Bono (U2) dan Bobby Shriver, RED telah pun menyumbangkan lebih USD500 juta kepada Global Fund dalam usaha memerangi AIDS.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]