Suzuki Malaysia kembali di Malaysia setelah lebih sebulan lalu mengumumkan penutupan operasi.
Pengumuman tersebut dibuat menerusi perkongsian di laman sosial Suzuki Malaysia.
Berdasarkan pengumuman di media sosial hampir pasti pengambil alihan itu akan berlaku namun maklumat lebih terperinci akan dikeluarkan pihak Suzuki Malaysia dan KMSB yang dijangka akan dibuat dalam masa terdekat.
Sebelum ini, terdapat ura-ura kuat mengatakan Suzuki Malaysia bakal diambil alih Kawasaki Motors (Malaysia) Sdn Bhd (KMSB) dan pengumuman di media sosial ini sedikit sebanyak beri bayangan ada benarnya khabar angin terbabit.
Persoalannya, dengan kembalinya Suzuki Malaysia adakah orang ramai boleh menjangkakan kembalinya jentera kapcai Suzuki yang sebelum ini cukup popular di samping kemunculan jentera ‘flagship’ baharu antaranya VStrom 1050 2020?