Lakaran Ducati Monster 821 2021 akhirnya didedahkan sekaligus beri bayangan pengeluar motosikal Itali itu sedang bergegas dalam perkenalkan barisan model 2021.
Ketika semua pengeluar menjadikan EICMA sebagai platform pelancaran model baharu setiap tahun, langkah berbeza diambil tahun ini tatkala EICMA 2020 telah pun dibatalkan.
Lantas Ducati juga perlu memperkenalkan model 2021 menggunakan platform berbeza sepertimana yang telah dilaksanakan sebelum ini menerusi pelancaran secara strim langsung.
Meskipun sekadar lakaran namun kami menjangka ini adalah model sebenar yang akan dilancarkan tatkala lakaran ini tersebar seiring dengan imej ujian ‘off-road’ yang dijalani Multistrada V4S.
Bagaimanapun, hampir pasti Monster 821 akan diperkenalkan bagi memberi saingan kepada jenama lain yang telah pun dilancarkan antaranya BMW F900 R dan Duke 890.