KPDNHEP Rampas Minyak Pelincir Tiruan Shell Bernilai RM111,300

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah merampas 10,040 liter minyak pelincir tiruan Shell dalam satu serbuan di Subang Jaya.

Serbuan oleh KPDNHEP itu dijalankan setelah menerima aduan daripada pihak Shell Malaysia termasuk selepas dua minggu risikan yang dijalankan terhadap sebuah gudang yang dijadikan tempat penghasilan minyak tiruan terbabit.

KPDNHEP yang membuat serbuan bersama wakil Shell Malaysia menjumpai bukan sahaja minyak pelincir enjin malah minyak transformer, minyak compressor, minyak enjin trak dan heavy duti dan gris tiruan.

Menurut Pengarah Bahagian Penguat kuasa KPDNHEP, Datuk Iskandar Halim, pihaknya menemui set komputer yang disambungkan dengan mesin pencetak disyaki digunakan dalam menghasilkan tanda cap dagangan berdaftar.

Serbuan itu turut menyaksikan dua lelaki berusia 34 dan 53 tahu ditahan dengan jumlah rampasan dianggarkan bernilai RM111,300.

Difahamkan, minyak pelincir dari tong drum 200L akan dipindahkan secara manual ke dalam tong 20L sebelum dipasarkan di sekitar Lembah Klang dengan harga jualan di antara RM185 hingga RM240.

Sementara itu, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai aktiviti simpan dan jual barang tiruan boleh hubungi hotline Enforcemnet Command Centre (ECC) di 1-800-886-800 atau 03-8882 6088.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply