Susulan permintaan tinggi model SYM VF3i 185 Edisi Terhad sebelum ini dengan kesemua 5,000 unit habis terjual, MForce Bike Holdings Sdn Bhd membuat keputusan menambah lagi 5,000 unit model itu hingga Disember 2020.
SYM VF3i Edisi Terhad ini mula diperkenalkan pada Mei 2020 dengan tawaran harga RM9,338 dengan hanya 5,000 unit ditawarkan.
Namun, Pengarah Urusan Operasi, Asri Ahmad mendedahkan pihaknya telah menerima lebih 10,000 tempahan setakat ini lantas membawa kepada keputusan menghasilkan tambahan 5,000 unit lagi.
Model ini bingkas menarik perhatian tatkala muncul moped pertama yang menawarkan ciri Anti-lock Brake System (ABS).
Pelanggan juga boleh menikmati waranti dua tahun atau 20,000km di samping mendapatkan alat ganti secara atas talian menerusi Online Spare Parts Purchase Service oleh MForce Bike Holdings.