CBR250RR Dan ADV 150 Sudah Sah Masuk Malaysia, Winner X Menyusul?

Advertisements

Hajat peminat motosikal di Malaysia untuk melihat Honda CBR250RR dan ADV 150 masuk pasaran Malaysia sudah pun tercapai.

Honda CBR250RR

Honda CBR250RR akan dijadualkan akan dilancarkan hujung tahun ini manakala ADV 150 dicanang akan mendarat sekitar Mac 2021.

Honda CBR250RR merupakan jentera segmen sportsbike 250cc manakala ADV 150 merupakan motosikal jenis skuter yang diilhamkan daripada X ADV 750.

Honda ADV 150

Bagaimanapun, terdapat sebuah lagi motosikal jenama Honda yang dinanti peminat moped di Malaysia.

Honda Winner X dari Vietnam merupakan model yang masih ditunggu-tunggu sehingga kini.

Honda Winner X

Manakan tidak, rekaan moden dan ciri terkini menjadikan Winner X motosikal moped idaman.

Untuk makluman, Honda Vietnam telah pun melancarkan Winner X versi ‘facelift’ baru-baru ini dan ditawarkan pada harga VND 45 juta (RM8,260).

Honda Winner X ‘Facelift’

Tiga warna baharu diperkenalkan, hitam matt, sport dan camo namun ciri lain masih lagi dikekalkan antaranya fork teleskopik dan ABS (single-channel).

Honda Winner X menawarkan enjin 150cc yang menghasilkan 15.4hp pada 9,000rpm dan 13.5Nm pada 6,500rpm dan tranmisi 6-kelajuan.

Persoalannya, adakah Winner X akan masuk pasaran Malaysia?

Jika Honda CBR250RR dan ADV 150 telah pun disahkan akan mendarat di Kuala Lumpur tak lama lagi, tidak hairan jikga Boon Siew Honda membuat keputusan untuk memperkenalkan Winner X sebagai RS150R V3 tahun depan.

Bagaimanapun, segalanya hanya kekal spekulasi sehingga ada wakil BSH yang memaklumkan sebaliknya.

Namun melihat kepada keputusan BSH membawa masuk CBR250RR dan ADV 150, harapan untuk menyaksikan Winner X di Malaysia terus bernyala.