Kami Langsung Tak Pertimbang Dovizioso – Razlan Razali

Advertisements

Prinsipal pasukan Petronas Sepang Racing Team (SRT), Datuk Razlan Razali menegaskan pihaknya tidak bercadang untuk memikat Andrea Dovizioso bagi musim 2021.

Penjelasan itu dibuat susulan terdapat khabar angin bahawa Petronas SRT berminat dengan khidmat pelumba Itali itu selepas disahkan bakal meninggalkan Ducati, hujung musim ini.

Razlan dalam perkongsian terbaru di Facebook berkata, ‘Saya ingin menjelaskan, kami langsung tidak mempertimbangkan Dovi bagi musim 2021.”

Terdahulu, Razlan akui dia dalam dilema sama ada membawa masuk legenda MotoGP, Valentino Rossi atau memberi slot itu kepada pelumba negara, Hafizh Syahrin.

Menerusi temubual bersama StadiumAstro, Razlan akui berasa tersepit.

“Saya memang tersepit dalam hal ini.

“Saya seorang yang patriotik, kalau boleh saya nak letakkan pelumba negara kita.

“Tetapi kami perlu membuat pemilihan berdasarkan keputusan dicapai kerana di tahap MotoGP, pelumba itu harus terus menyerlah dan bukannya mencari pendedahan setahun dua lagi,” jelasnya.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.