Tak Perlu Ke PUSPAKOM Kalau Cukai Jalan Tamat Tempoh Tak Lebih 3 Tahun

Pemilik kenderaan persendirian yang memiliki kereta atau motosikal dengan cukai jalan tamat tempoh tidak lebih tiga tahun tidak perlu menjalani pemeriksaan di PUSPAKOM, berkuat kuasa hari ini.

Sumber: BERNAMA

Perkara itu diumumkan sendiri Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dalam usaha mengurangkan beban ditanggungi rakyat sewaktu pandemik Covid-19.

Menurut rekod, lebih 4.27 juta kenderaan memiliki cukai jalan tamat tempoh di antara satu hingga tiga tahun.

Sebelum ini, sebarang kenderaan yang memiliki cukai jalan tamat tempoh selepas 12 bulan perlu menjalani pemeriksaan di PUSPAKOM sebelum dibenarkan memperbaharui cukai jalan tersebut.

Dalam perkembangan sama, diskaun 70 peratus bayaran balik kompaun Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang sepatutnya berakhir 31 Ogos lalu telah dilanjutkan sehingga 30 September ini.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]