Tempahan Nissan Almera Turbo Dibuka – Harga Dari 8X,XXX!

Advertisements

Edaran Tan Chong Motor (ETCM) mula membuka tempahan bagi model Segmen-B, Nissan Almera Turbo.

Tawaran baharu daripada Nissan bagi tahun 2020 ini tampil dengan enjin 1.0L turbo yang menawarkan 100hp pada 5,000rpm dan 152Nm pada 2,400 hingga 4,000rpm.

Menurut ETCM, pemandu akan merasai pecutan serta-merta hasil bantuan ‘electronic waste gate’ yang menambahbaik mampatan turbo dengan membuka dan menutup injap dengan lebih efisien.

Enjin baharu ini juga menawarkan penjimatan bahan api yang mantap, 18.4km/L yang bersamaan capaian jarak sekitar 650km bagi tangki berkapasiti 35L.

Menariknya, enjin Almera ini turut didatangkan dengan Mirror Bore Coating Technology yang sebelum ini diguna pakai pada Nissan GT-R.

Teknologi ini mengurangkan geseran di antara ‘piston ring’ dan ‘inner cylinder’ lantas meningkatkan ketahanan dan pengurusan haba.

Pelbagai ciri keselamatan turut diperkenalkan antaranya:

  • Nissan Intelligent Mobility
  • Nissan Safety Shield 360
  • Intelligent Forward Collision Warning (IFCW)
  • Intelligent Forward Emergency Braking (IFEB)
  • Blindspot Warning
  • Rear Cross Traffic Alert (RCTA)
  • Intelligent Around View Monitpr (I-AVM)
  • 6 beg udara SRS

Rekaan luar pula memfokuskan pada gril V-motion dngan lampu depan LED berbentuk boomerang yang menekankan kesinambungan daripada bahagian kiri dan kanan.

Almera Turbo kini 70mm lebih panjang, 45mm lebih lebar dan 40mm lebih rendah berbanding generasi pertama Almera.

Sementara itu, penggunaan rim bersaiz 16 inci ditawarkan bagi varian VLP dan VLT manakala varian standard, VL dilengkapi dengan rim berukuran 15′.

Beralih ke ruang dalam, pelanggan akan disajikan dengan paparan infotainmen dengan fungsi ‘touchscreen’ berukuran 8 inci dan meter separa digital 7 inci di bahagian pemandu.

Nissan Almera Turbo turut didatangkan dengan ruang letak barang yang luas dengan 482L.

ETCM menawarkan tiga varian – dengan enam warna pilihan – bagi pasaran Malaysia dengan harga jangkaan adalah seperti berikut:

  • Nissan Almera Turbo 1.0L VL – RM8X,XXX
  • Nissan Almera Turbo 1.0L VLP – RM8X,XXX
  • Nissan Almera Turbo 1.0L VLT – RM9X,XXX

Orang ramai boleh melihat Almera Turbo ini dengan lebih dekat menerusi previu eksklusif di pusat pameran terpilihan dari 5 hingga 6 September dan 11 hingga 13 September ini.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.