BMW Motorrad Perkenalkan Paparan TFT Serba Baharu

BMW Motorrad telah memperkenalkan paparan TFT BMW Motorrad Connected serba baharu yang kini didatangkan dengan sistem navigasi terbina.

Sistem navigasi ini boleh diakses menerusi aplikasi Connectivity App yang dimuat turun ke telefon pintar sekaligus menggantikan sistem navigasi ‘turn-by-turn’ yang ketika ini ditawarkan paparan TFT sedia ada.

Menurut info yang dikongsikan menerusi podcast BMW Motorrad, sistem baharu ini secara tidak langsung akan menjadikan sistem navigasi atau GPS lain tidak lagi diperlukan tatkala sistem terbaru BMW Motorrad ini turut menawarkan peta ‘offline’ dan lebih mesra pengguna.

BMW R 1250 RT

Melihat kepada saiz dan bentuk paparan TFT serba baharu ini, dijangkakan paparan ini akan diperkenalkan pada model ‘touring’ BMW Motorrad antaranya R1250RT dan K1600GT berbanding R 1250 GS dan GS Adventure.

Bagi menggunakan sistem navigasi baharu ini, pengguna hanya perlu muat turun aplikasi Connectivity App di telefon pintar dan menghubungkan aplikasi tersebut ke paparan TFT menerusi Bluetooth.

Paparan TFT itu kemudiannya akan memaparkan navigasi seperti diatas di samping menjawab telefon dan mendengar lagu.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]