Honda ADV 150 Masuk Malaysia 2021

Advertisements

Sejak Honda ADV 150 diperkenalkan julung kalinya di Gaikindo Indonesia International Auto Show 2019 (GIIAS), rata-rata peminat motosikal turut menanti bila model itu akan di bawa masuk ke pasaran Malaysia.

Selain Indonesia, hampir semua negara jiran menawarkan ADV 150 ini kecuali Malaysia setakat ini.

Namun, berdasarkan info yang diperoleh ketika pelancaran Honda Rebel 2020 semalam, kami dimaklumkan bahawa Honda ADV 150 akan masuk ke pasaran Malaysia tahun depan.

Honda ADV 150 merupakan motosikal jenis skuter yang menawarkan elemen adventure menerusi jarak kelegaan tanah 165mm serta fork Showa 116mm.

Bernadikan enjin 150cc model ini menawarkan 14.2hp pada 8,500rpm.

Antara ciri menarik lain ditawarkan adalah penghadang angin boleh laras, adaptor mengecas 12 volt dan ruang letak barang 27 liter di bawah tempat duduk serta sistem keyless.

Ketika ini, segmen skuter 150cc di Malaysia hanya menawarkan Honda Vario, Yamaha NMax serta NVX dan kemasukan ADV 150 pastinya akan merancakkan lagi segmen tersebut.

Ketika dilancarkan di Amerika Syarikat tahun ini, ADV 150 ditawarkan pada harga USD4,299 (RM16,500).

Dalam perkembangan lain, Boon Siew Honda (BSH) turut akan memperkenalkan CBR250RR untuk pasaran Malaysia hujung tahun ini.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.