Beraksi Di MSBK 2021 Dengan Honda CBR250RR – Hanya RM30,000

Advertisements

Boon Siew Honda telah melancarkan inisiatif Boon Siew Honda 250cc Racing Support Program dalam usaha mengasah bakat baharu perlumbaan.

Menerusi program ini bersama-sama dengan Malaysia Superbike Championship (MSBK), pelumba berpeluang beraksi dalam kelas MSBK250 menggunakan jentera Honda CBR250RR yang lengkap dengan kit perlumbaan.

Orang ramai yang berminat untuk sertai MSBK kategori 250cc hanya perlu membayar RM30,000 bagi seunit motosikal CBR250RR dan BSH akan memasang segala kelengkapan perlumbaan berharga lebih RM50,000.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) BSH, Yoshitaka Nakamura menyifatkan program ini sebagai usaha mempertingkatkan arena perlumbaan motosikal di Malaysia.

Orang ramai yang berminat untuk mendapatkan jentera perlumbaan ini boleh hubungi Two Wheels Motor Racing (TWMR) di 03-87338787.

Hanya 10 unit ditawarkan bagi kumpulan pertama.