Boon Siew Honda melancarkan Honda Rebel 500 2020 di Litar Antarabangsa Sepang, hari ini.
Honda Rebel merupakan jentera konsep ‘cruiser’ segmen pertengahan yang telah pun diperkenalkan pada 2018.
Bagi tahun 2020, pelbagai kemaskini telah pun dilaksanakan dengan sistem ‘assist & slipper clutch’ menjadi tambahan baharu.
Sistem itu kini meningkatkan kemudahan pertukaran gear sehingga 30 peratus berbanding model sebelumnya termasuk fork depan baharu yang kini dilengkapi spring lebih utuh bagi menjaminkan keselesaan lebih baik.
Model ini masih lagi didatangkan dengan enjin 471cc ‘parallel-twin’ (EURO4) yang menawarkan 45.9hp pada 8,500rpm dan 43Nm pada 6,500rpm.
Antara ciri baharu lain yang turut diperkenalkan adalah lampu LED penuh depan dan belakang serta instrumen meter baharu dan kerangka belakang yang baharu bagi menawarkan tempat duduk yang lebih selesa.
Honda Rebel 2020 kini ditawarkan pada harga RM32,899!