Lagi Kes Kereta Masuk Laluan Motosikal Berlaku Di Lebuhraya Persekutuan

Baru-baru ini kecoh sebuah kereta jenis Toyota Vios telah masuk ke laluan motosikal dan melawan arus hingga menyebabkan seorang penunggang kemalangan.

Insiden itu turut mencetuskan rasa berang netizen terutamanya penunggang motosikal yang mengharapkan laluan khas itu bagi mengelakkan daripada senario di lebuhraya utama.

Kini, timbul sebuah lagi video yang memaparkan insiden sama kali ini membabitkan kereta jenis Perodua Bezza di laluan motosikal Lebuhraya Persekutan menuju ke Subang Jaya.

Rakaman berdurasi 31 saat itu jelas memaparkan pemandu kereta terbabit telah lalu di laluan motosikal dan membahayakan penunggang lain.

Pemandu tersebut bagaimanapun, dihalang daripada meneruskan perjalanan oleh penunggang motosikal yang berada di situ kerana gusar menyebabkan kemalangan serius.

Insiden masuk laluan motosikal semakin kerap berlaku dengan rata-rata pemandu menggunakan aplikasi navigasi sebagai punca senario tersebut berlaku.

Persoalannya, walaupun menggunakan aplikasi navigasi susah sangat ke untuk membezakan jalan motosikal dan jalan utama?

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]