Pemandu Toyota Vios Masuk Laluan Motosikal, Lawan Arus Serah Diri

Susulan rakaman video kamera aksi GoPro ya g tular semalam yang memaparkan sebuah kereta jenis Toyota Vios memasuki lorong motosikal dan melawan arus di Lebuhraya Persekutuan, pemandu terbabit dilaporkan telah menyerah diri di Balai Trafik Kuala Lumpur, siang tadi.

https://www.facebook.com/223545897823128/posts/1657893541055016/

Menurut perkongsian di laman Facebook Info Roadblock JPJ/Polis, kes kini disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Video berdurasi 40 saat itu memaparkan rakaman dari penunggang motosikal jenis Yamaha R15 yang terbabas gara-gara terpaksa brek mengejut apabila melihat sebuah kereta Vios (putih) keluar dari terowong laluan motosikal terbabit.

Bagaimanapun, klip tersebut menunjukkan bahawa kereta Vios itu tidak berhenti dan meneruskan perjalanan seperti biasa.

Insiden kereta memasuki laluan motosikal menjadi topik hangat kebelakangan ini tatkala beberapa kejadian telah pun berlaku sekaligus membawa nyawa penunggang motosikal.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]