Aplikasi Navigasi Punca Masuk Laluan Motosikal, Pemandu Anggota Penguat Kuasa

Susulan rakaman video kamera aksi GoPro yang tular kelmarin yang memaparkan sebuah kereta jenis Toyota Vios memasuki lorong motosikal dan melawan arus di Lebuhraya Persekutuan, pemandu terbabit dilaporkan telah menyerah diri di Balai Trafik Kuala Lumpur, petang semalam.

https://www.facebook.com/motomalaya/videos/319694022564922/

Menurut laporan media tempatan, pemandu tersebut memasuki laluan motosikal berpunca daripada aplikasi navigasi yang sedang digunakan ketika itu.

Difahamkan, pemandu Vios tersebut adalah seorang petugas penguatkuasa yang telah pun dipanggil ke Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur untuk siasatan lanjut.

Menurut rakaman video kamera aksi yang tular itu, seorang penunggang motosikal telah mengalami kemalangan yang berpunca daripada kereta tersebut yang bukan sahaja memasuki laluan motosikal malah melawan arus.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]