Pelumba Red Bull KTM, Pol Espargaro merekodkan masa terpantas ketika sesi kelayakan GP Styria buat julung kalinya di kelas premier.
Ini juga merupakan petak pertama sulung buat kem KTM selepas empat tahun bersaing di kelas premier.
Espargaro merekodkan catat masa 1 minit 23.580 saat untuk memulakan perlumbaan di petak pertama esok di Litar Red Bull Ring.
Dia bagaimanapun mengetepikan pelumba Jepun, Takaaki Nakagmi (LCR Honda) yang sebelum itu membuat kejutan apabila merekodkan masa terpantas dengan 1’23.602s.
Johan Zarco merekodkan masa terpantas ketiga dengan 1’23.632s namun pelumba Avintia Ducati itu terpaksa memulakan aksi di laluan pit esok susulan dikenakan denda atas kejadian kemalangan yang berlaku minggu lalu membabitkan Franco Morbidelli.
Momentum Espargaro diharapkan berterusan dalam hari perlumbaan tatkala dia gagal menamatkan aksi dalam dua pusingan sebelum ini gara-gara terlibat kemalangan.
Sementara itu, pelumba Suzuki Ecstar, Joan Mir, meneruskan kecemerlangan minggu lalu apabila merekodkan petak kelima diikuti Jack Miller, yang meskipun bergelut dengan kecederaan bahu masih mampu mempamerkan tunggangan pantas, hari ini.
Wakil Petronas Sepang Racing Team (SRT), Fabio Quartararo yang cemerlang dalam dua aksi pembukaan musim ini terpaksa berpuas hati di petak ke-10 diikuti rakan sepasukan, Franco Morbidelli di petak ke-11.
Berikut keputusan penuh sesi Kelayakan 2 (Q2):