Baru-baru ini, Honda memuat naik video ‘teaser’ berdurasi 1 minit 16 saat yang memaparkan tawaran baharu, CBR600RR.
Video tersebut turut memaparkan rupa keseluruhan jentera 600cc ini yang direka berdasarkan model CBR1000RR-R 2020.
Kini berdasarkan laporan media antarabangsa, difahamkan Honda CBR600RR tidak akan dibawa masuk ke pasaran tertentu dunia ekoran peraturan ketat membabitkan piawaian Euro5.
Ini kerana, jentera tersebut difahamkan masih belum mencapai piawaian Euro5 sekaligus menafikan Honda daripada memperkenalkan CBR600RR di Eropah dan Amerika Syarikat.
Wakil penjual Honda di Amerika Syarikat turut mengesahkan mereka tidak akan menjual model untuk untuk pasaran AS.
Senario ini sekaligus memberi bayangan bahawa jentera tersebut akan difokuskan terhadap pasaran dunia lain terutamanya di Asia.
Ketika ini, Boon Siew Honda telah pun melancarkan Honda CBR1000RR-R dan varian SP berharga RM198,800 untuk pasaran Malaysia, dan melihat kepada trend itu, kemungkinan CBR600RR turut sama akan mendarat di Kuala Lumpur.