Honda City RS Dengan i-MMD Kini Dibuka Untuk Tempahan – 253Nm!

Advertisements

Honda Malaysia mengumumkan mula menerima tempahan untuk Honda City serba baharu di seluruh 101 pusat pengedar rasmi Honda seluruh negara.

Honda City Generasi ke-5 yang didatangkan dengan empat varian ini dijangka akan merevolusikan kereta segmen B dengan rekaan moden, pecutan mantap di samping ciri pemanduan yang lebih maju.

Menurut Honda, City RS dengan intelligent Multi-Mode Drive (i-MMD) akan turut diperkenalkan dalam Suku ke-4 tahun ini.

Sementara itu, varian RS merujuk kepada Road Sailing yang didatangkan dengan pengayaan lebih sporty dan menonjol dengan beberapa kombinasi serba baharu.

Julung kalinya di Malaysia, City RS akan dikuasakan dengan i-MMD – sistem yang dikenali dunia sebagai e:HEV – yang akan memacu generasi baharu teknologi hibrid Honda yang mengutamakan alam sekitar tanpa mengorbankan pengalaman pemanduan.

Motor ini menawarkan kuasa elektrik yang lebih efisien termasuk responsif lebih lancar.

Meskipun i-MMD telah pun diperkenalkan ke model Honda yang lebih premium namun para jurutera di Honda R&D telah berjaya menghasilkan platform yang lebih kompak bagi dimuatkan ke dalam kenderaan yang lebih kecil.

Senario ini sekaligus menyaksikan City RS dengan i-MMD menawarkan 253Nm, tork yang lebih baik dari kenderaan Segmen-C dan setaraf Segmen-D atau enjin 2.5L.

Pada masa sama, Honda City serba baharu ini juga didatangkan dengan enjin 1.5L DOHC i-VTEC.

City serba baharu juga akan didatangkan dengan beberapa ciri menarik antaranya:

  • Honda LaneWatch (varian RS dan V)
  • Electric Parking Brake (varian RS)
  • Lampu LED baharu dengan DRL (varian RS dan V)
  • Rim aluminium dua tona 16 inci (varian RS dan V)

Sementara itu, selaras dengan pengecualian cukai jualan PENJANA oleh kerajaan, Honda Malaysia tuurt menawarkan baucar servis RM1,000 di bawah program tempahan awal City serba baharu.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.