Garelli Perkenalkan Ciclone E4 – 4kW, 160Nm

Garelli merupakan syarikat motosikal yang ditubuhkan seawal 1919 dan terkenal dengan penghasilkan motosikal bersesaran kecil dan skuter.

Bagaimanapun, Garelli terpaksa gulung tikar pada 1987 sebelum dihidupkan semula pada 2019 sebagai pengeluar motosikal elektrik, 100 tahun selepas ditubuhkan.

Garelli Ciclone E4 merupakan tawaran baharu daripada syarikat itu yang dikemaskini daripada model sebelumnya.

Ciclone E4 menawarkan 4kw dan 160Nm berbanding model sebelumnya Ciclone yang hanya menghasilkan 4kW.

Kelajuan maksima turut dipertingkat daripada 45km/j kepada 70km/j – peningkatan sama yang dilaksanakan Vespa terhadap skuter elektriknya tahun lepas.

Model ini turut menawarkan fork USD dan penyerap hentakan mono di samping tempat duduk pillion.

Garelli Ciclone E4 ini juga boleh dipasang dengan tayar knobby bagi membenarkan penunggang menikmati tunggangan off-road.

Model ini ditawarkan pada harga USD5,300 (RM22,262) dan ketika ini hanya dipasarkan sekitar Eropah.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]