Perodua Catat Penjualan 23,203 Unit Pada Julai

Perodua merekodkan penjualan 23,203 unit kenderaan pada Julai sekaligus menandakan peningkatan 9.2 peratus selepas mengatasi penjualan pada Jun, tahun ini.

Tiga model menjadi penyumbang utama kepada angka jualan tersebut menerusi Myvi, Axia dan Bezza.

Setakat ini, lebih 29,313 unit Myvi telah pun diserahkan kepada pelanggan, diikuti Axia (28,107) dan Bezza (25,416).

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perodua, Dato’ Zainal Abidin Ahmad mendedahkan kejayaan Perodua sehingga kini disumbang besar oleh tiga model tersebut.

Myvi kekal jadi tarikan utama Perodua.

“Perodua Myvi, kereta nasional paling popular sejak diperkenalkan pada 2006 kini telah dinaik taraf dengan Advanced Safety Assist (ASA) 2.0. Myvi kekal sebagai kereta paling mampu milik dengan sistem keselamatan terbaik dalam negara.

“Meskipun pengeluaran terjejas susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) namun bantuan insentif pengecualian cukai oleh kerajaan telah membantu dalam peningkatan jualan.

“Jika trend ini berjalan, kami akan dapat membantu ekosistem automotif negara secara berterusan,” jelasnya.

Menurut Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii), negara memerlukan sekurang-kurangnya 500,000 unit jualan kenderaan bagi memastikan ekosistem automotif negara terus hidup.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]