Honda Motocompo Bakal Kembali!

Honda dicanang bakal mengembalikan model ikonik, MotoCompo, apabila pengeluar motosikal Jepun itu mempatenkan nama Motocompacto.

Tindakan itu sekaligus beri bayangan skuter boleh lipat, MotoCompo akan kembali bukan sahaja dengan nama baharu malah enjin baru.

Motocompacto dijangka akan bernadikan enjin elektrik berbanding enjin 49cc dengan 2.5hp yang diguna pakai pada model MotoCompo sebelum ini.

MotoCompo merupakan skuter bersaiz kecil yang dilancarkan pada 1981 dan terus dihasilkan sehingga 1983 yang direka untuk dimuatkan ke dalam ruang letak barang di belakang Honda City, ketika itu.

Meskipun hanya dijual untuk tempoh tiga tahun namun lebih 50,000 unit MotoCompo telah pun diserahkan kepada pembeli yang kemudiannya menjadi ikutan orang ramai.

Berdasarkan model konsep yang ditayangkan bagi Motocompacto, dijangka Honda akan melakukan beberapa perubahan apabila model ini dibawa ke peringkat pengeluaran.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]