Honda Terima Lebih 1,400 Tempahan Bagi BR-V Baharu Dalam Sebulan

Honda Malaysia mengumumkan pencapaian terbaru apabila lebih 1,400 tempahan telah diterima dalam masa sebulan bagi model BR-V baharu.

Sejak diperkenalkan pada 2017, BR-V bingkas menjadi SUV 7-tempat duduk popular dengan lebih 32,600 unit telah pun terjual.

Menurut Honda, 42 peratus daripada 1,400 tempahan itu datangnya daripada kawasan Tengah dengan 85 peratus daripadanya merupakan varian V dan selebihnya melibatkan varian E.

Sementara 24 peratus daripadanya melibatkan pilihan warna Modern Steel Metallic.

BR-V 2020 ini menarik perhatian tatkala didatangkan dengan beberapa penambahbaikan antaranya bahagian ekterior kini lebih moden di samping enjin 1.5L SOHC i-VTEC yang menawarkan 120hp.

Ruang tempat barang yang luas juga menjadi tarikan dengan 223L (tempat duduk dinaikan) dan 539L (tempat duduk diturunkan).

Segala aspek ini menjadikan BR-V model pilihan bagi keluarga baharu atau pasangan muda yang mahukan gabungan elemen sporty dan praktikal.

Bagi yang berminat untuk membuat tempahan rujuk harga semasa dibawah:

Untuk maklumat lebih terperinci orang ramai dijemput hadir ke mana-mana pengedar rasmi Honda atau layari www.honda.com.my

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]