Pada 2018, Andre Sousa melakar rekod dunia apabila menjadi manusia pertama berjaya merentas benua Amerika Selatan terpantas menggunakan motosikal kecil.
Sousa kini menyasarkan rekod dunia yang lebih besar, tekad merentas seluruh dunia.
Dia telah pun memulakan perjalanan pada 12 Julai lalu dengan pengembaraan baharu itu bakal mengambil masa 2 tahun dan 59,545 kilometer merentas 50 negara.
Menariknya, dia bakal melakukan rekod ini menggunakan motosikal 125cc, Honda Monkey.
Bagaimanapun, motosikal itu telah pun dipasang dengan beberapa ciri bagi memudahkan dirinya membawa barangan di samping pemasangan lampu ekstra dan ekzos baharu.
Bagi yang berminat untuk mengikuti perkembangan Sousa, boleh layari laman sesawang dan akaun media sosial Ride That Monkey.
Ikuti kami di YouTube dan Instagram!