Penutupan Lorong Di Lebuh Raya ELITE Bagi Kerja Penyelenggaraan

PLUS Malaysia Berhad telah menutup lorong perlahan dan lorong kecemasan di antara Persimpangan Bertingkat Putrajaya-Gamuda Cove di Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE).

Penutupan tersebut yang bermula semalam (12 Julai) akan dilakukan sehingga 17 Julai ini bagi memboleh kerja penyelenggaraan dan turapan jalan dilakukan.

Bagi memudahkan perjalanan, orang ramai dinasihatkan untuk menggunakan susur ke R&R Dengkil sebagai laluan alternatif sekiranya berlaku kesesakan akibat penutupan jalan tersebut.

Pada masa sama, pihak PLUS mengharapkan kerjasama semua pihak bagi memastikan aliran trafik kekal lancar sepanjang kerja baik pulih dijalankan.

Ikuti kami di YouTube dan Instagram!

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]