Keputusan mengenai penganjuran MotoGP di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) akan ditentukan hujung bulan ini.
Pendedahan itu dibuat Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Azhan Shafriman Hanif dalam kenyataan rasmi yang diumumkan baru-baru ini.
Menurutnya, pihak SIC akan membuat pengumuman mengenai penganjuran kejohanan antarabangsa termasuk MotoGP pada hujung bulan ini.
Bagaimanapun, fokus SIC ketika ini masih tertumpu kepada aski tempatan dengan memastikan kelangsungan kejohanan berjalan lancar di samping semua yang terlibat mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP).
Penganjuran MotoGP di Litar Sepang tahun ini tampak kelam susulan pandemik Covid-19 yang melanda dunia ketika ini.
Selepas beberapa venue dibatalkan, kini Dorna mengesahkan aksi MotoGP akan kembali bersambung 17 Julai ini melibatkan 13 perlumbaan di benua Eropah.
Bagaimanapun, status GP Malaysia masih lagi akan ditentukan (TBC) termasuk Argentina dan Thailand.
Ikuti kami di YouTube dan Instagram!