Ducati Perkenalkan Multistrada 950 S Dengan Warna ‘GP White’

Baru-baru ini, pengeluar motosikal Itali itu memperkenalkan Panigale V2 dengan pilihan warna putih ‘White Rosso’ kini, langkah sama diterapkan pada model tourer, Multistrada 950 S.

Mulitstrada 950 S itu ditawarkan dengan warna ‘GP White’ bagi tahun 2021.

Pilihan warna putih ini diinspirasikan daripada grafik Ducati MotoGP namun dengan gabungan warna kelabu.

Warna baharu ini dihasilkan daripada kilang Borgo Panigale dengan motif utama menonjolkan lagi gaya sporty Multistrada 950 S ini.

Ducati Multistrada 950 S merupakan antara tourer paling mencuri tumpuan sejak diperkenalkan di pasaran tempatan pertengahan tahun lalu.

Model ini menawarkan 113hp pada 9,000rpm dan 96Nm pada 7,750rpm menerusi enjin 937cc Testastretta.

Pelbagai ciri ditawarkan antaranya:

  • paparan TFT 5 inci
  • Ducati Quick Shift up/down
  • Ducati Skyhook Suspension (DSS) system
  • Ducati Traction Control
  • full-LED headlight with Ducati Cornering Lights
  • Hydraulic clutch
  • Hands-Free System
  • Backlit handlebar controls + more

Ketika ini, tiada maklumat sama ada varian GP White ini akan tiba di Malaysia namun orang ramai boleh merisik Multistrada 950 S dengan warna Ducati Red pada harga RM95,900!

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]