Honda Melancarkan CBR400R Di Jepun

Motosikal segmen pertengahan ternyata semakin mendapat perhatian dengan setiap pengeluar berlumba-lumba menghasilkan jentera segmen ini.

Baru-baru ini, Honda telah melancarkan CB400R yang khas untuk pasaran Jepun sahaja.

Bagi yang tertanya-tanya, CBR400R ini diperkenalkan sebagai CBR500R di pasaran dunia lain termasuk Malaysia.

Jentera ini juga didatangkan dengan enjin 399cc parallel twin sama seperti yang terdapat pada CB400X – khas untuk pasaran Jepun – yang dilancarkan minggu lepas.

CBR400R ini juga menawarkan ergonomik sama seperti veri 500cc sekaligus menjadikan model ini sesuai untuk kegunaan harian namun masih mengekalkan keterujaan sama untuk kegunaan litar.

Bagaimanapun, daya penarik utama CBR400R ini tertumpu kepada rekaan keseluruhan yang menampakkan elemen abang besar, 1000 Fireblade 2019.

Persoalannya, apakah alasan disebalik penghasilan varian 400cc ini? Mungkin Honda bercadang untuk bertanding dalam WorldSBK kategori World SPP 300 yang ketika ini didominasi Kawasaki Ninja 400.

Ikuti kami di YouTube dan Instagram!

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]