Berlumba Dan Lepak Di Lobi Hotel, Konvoi Motosikal Kini Dilarang Masuk Genting Highlands

Tular di media sosial yang memaparkan rakaman video oleh polis bantuan Genting Highlands yang menyampaikan arahan pihak pengurusan melarang konvoi motosikal melalui kawasan itu.

Berdasarkan video berdurasi 54 saat itu, pegawai tersebut memaklumkan bahawa kumpulan besar atau konvoi motosikal dan kereta tidak dibenarkan berkunjung ke Genting Highlands.

Peraturan itu telah pun dikuatkuasakan bermula 25 Jun lalu namun tempoh akhir masih belum diumumkan.

Difahamkan, antara sebab arahan itu dikeluarkan berpunca daripada segelintir penunggang motosikal dan pemandu gemar berlumba di sekitar kawasan tersebut.

Pada masa sama, mereka turut menerima aduan terdapat segelintir individu yang melepak di ruang lobi hotel dan mengganggu pengunjung lain.

Ikuti kami di YouTube dan Instagram!

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]