Tarik Balik Kebenaran Aktiviti Konvoi Motosikal Jika Ingkar SOP – Ismail Sabri

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri memberi amaran untuk melarang aktiviti berkonvoi motosikal sekiranya Prosedur Operasi Standard (SOP) gagal dipatuhi sepajang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

“Jika gagal mematuhi SOP dan masih berkumpul beramai-ramai tanpa penjarakkan sosial, kerajaan tidak teragak-agak untuk tidak membenarkan sebarang aktiviti berkumpulan seperti konvoi motosikal.

“Orang dewasa sepatutnya mampu mengawal diri untuk mematuhi SOP yang yang telah ditetapkan,” jelasnya,

Kenyataan itu dibuat menerusi sidang media harian yang berlangsung hari ini.

Semalam, tular di laman sosial dan media tempatan yang melaporkan pihak berkuasa menahan lebih 600 mat motor menerusi Ops Tutup Khas di Lebuhraya Pantai Timur (LPT).

Rata-rata menunggang secara beramai-ramai dan tidak mengamalkan SOP yang telah ditetapkan kerajaan di samping hampir 400 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan jalan raya.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]