Zontes Bakal Perkenalkan Skuter Maxi ZT300T-M Tahun Ini

Pengeluar motosikal China, Zontes bakal memperkenalkan jentera skuter sulung.

Pendedahan itu dibuat apabila Zontes memuat naik beberapa gambar memaparkan skuter tersebut menerusi Weibo – Twitter versi China.

Perkongsian itu turut disertakan dengan carta spesifikasi yang dibezakan degan Honda Forza 300 dan Yamaha XMax 300.

Zontes ZT300T-M dikuasakan dengan enjin satu silinder 309cc yang didakwa menjana 33 hp dengan berat keseluruhan sekitar 162 kilogram.

Zontes turut mendakwa model itu mampu mencapai kelajuan maksima 145 km/j di samping disertakan beberapa ciri terkini antaranya ABS, paparan TFT dan lampu LED.

Model ini tuurt dijangka menawarkan ruang tempat letak barang yang luas.

Pada masa sama, Zontes turut akan memperkenalkan varian 125cc.

Berdasarkan pengumuman menerusi Weibo, skuter ini akan dilancarkan pada Ogos dengan harga bermula sekitar 30,000 yuan (RM18,100).

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]