Zarco Idam Tempat Dovizioso Di Ducati

Advertisements

Johann Zarco berasakan dirinya berpeluang untuk menggantikan Andrea Dovizioso di Ducati sekiranya pelumba tonggak itu membuat keputusan untuk pindah pasukan.

Zarco berada di Misano bagi sesi ujian tiga hari bersama Ducati yang turut dibantu ketua kru MotoGP, Marco Rigamonti.

Sementara itu, Zarco tidak menyembunyikan hasratnya untuk untuk sertai Ducati MotoGP dengan slot Dovizioso menjadi tumpuan utama.

Bercakap kepada Sky Sport, Zarco berkata, “Saya perlu tunggu selepas beberapa perlumbaan bagi memahami situasi saya. Slot terakhir yang ada hanyalah Dovizioso dan saya yakin peluang itu ada sekiranya dia membuat keputusan untuk berhenti.”

Hal ini kerana, Dovizioso dan Ducati masih belum mencapai persetujuan meskipun kontrak pelumba itu tamat hujung musim ini.

Ducati telah pun mendapatkan khidmat Jack Miller bagi menggantikan Petrucci bagi musim 2021 dengan pelumba Itali itu dilaporkan hampir pasti sertai KTM.

Bagaimanapun, Ducati masih melihat Dovizioso sebagai pelumba utama pasukan itu.

Ikuti kami di YouTube dan Instagram!