Aprilia Dan KTM Dalam Perancangan Petrucci Bagi Musim 2021

Pelumba Ducati, Danilo Petrucci, mendedahkan perancangan utamanya adalah untuk kekal dalam MotoGP dengan menjadikan Aprilia dan KTM sebagai destinasi berikutnya bagi musim 2021.

Selepas kehilangan tempatnya bersama pasukan Borgo Panigale bagi musim 2021 kepada Jack Miller, Plan A Petrucci adalah untuk terus kekal dalam MotoGP meskipun terdapat khabar angin dia akan dipancing pasukan WorldSBK.

Bagaimanapun, dia melihat Aprilia dan KTM sebagai destinasi seterusnya.

Aprilia telah pun beberapa kali mendekati Petrucci sebelum ini namun dia memilih untuk kekal bersama Ducati namun peluang itu masih terbuka seandainya Andrea Iannone perlu menjalani penggantungan 18 bulan susulan gagal ujian doping.

“Sebelum ini, kami telah pun beberapa kali berbincang dengan Aprilia tetapi saya terus kekal bersama Ducati.

“Jentera baharu Aprilia menampakkan peningkatan tetapi mereka juga sedang berdepan situasi rumit dengan pelumba mereka,” Petrucci memberitahu SkySport.it.

Pada masa sama, peluang untuk berhijrah ke KTM turut terbuka tatkala pelumba utama, Pol Espargarao dikhabarkan bakal berhijrah ke Repsol Honda.

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

(SUMBER: Crash.net)

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]