Vespa Primavera S SE 150, Sprint S 150 Dilancarkan – Dari RM16,900!

Advertisements

Pengedar rasmi jenama Vespa di Malaysia, Didi Resourecs Sdn Bhd melancarkan Vespa Primavera S Special Edition 150 dan Sprint S 150 di Gasket Alley, hari ini.

Kedua-dua model Vespa tersebut merupakan barisan terbaru yang ditawarkan kepada pelanggan bagi tahun 2020.

Primavera S Special Edition kini tampil lebih sporty dan pengayaan yang berani menerusi pilihan warna dan rekaan yang lebih menonjol.

Model ini turut didatangkan dengan rim 12 inci yang diperbuat daripada aloi aluminium dengan rekaan lima jejari, lampu LED depan dan belakang termasuk DRL, sistem anti-pencuri (Immobilizer) dan ABS.

Bagi memudahkan penunggang, model ini turut dilengkapi dengan pengecas USB.

Vespa Primavera didatangkan dengan enjin iGet 150cc dengan penyejukkan udara dengan bahagian ekzos dan bekas transmisi direka khas agar menjaminkan tunggangan lancar dan senyap.

Sementara itu, Vespa Sprint S 150 kini ditawarkan dengan tiga pilihan warna baharu yang merangkumi Yellow Sole, Black Opaco dan White Innocenza di samping yang tersedia popular Grey Materia.

Model ini turut didatangkan dengan enjin iGet 150cc satu silinder empat lejang dengan sensor barometric bagi menjaminkan tunggangan selesa dan tahan lasak di kawasan bandar.

Kedua-dua model ini bleh didapati di semua pengedar rasmi Vespa seluruh negara dengan harga:

  • Vespa Primavera S Special Edition 150 – RM18,300
  • Vespa Sprint S 150 – RM16,900

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.