Perodua Catat Penjulan 7,886 Unit Kenderaan Bagi Bulan Mei

Advertisements

Perodua merekodkan penjualan 7,886 unit kenderaan pada bulan Mei sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 52,920 unit bagi tahun 2020 setakat ini.

Meskipun negara ketika ini berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) namun Perodua masih mampu merekodkan penjualan lebih 7 ribu unit menghampiri catatan bulan Mac, 8,601 unit.

“Situasi COVID-19 yang masih berlangsung ini telah memberi kesan yang ketara terhadap jualan kenderaan di Malaysia selama dua bulan.

“Namun kami bersyukur kerana dalam tempoh hanya tiga minggu sejak kami kembali beroperasi di seluruh negara, kami berjaya mendekati angka jualan Mac kami pra-Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” jelasnya Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato Zainal Abidin Ahmad.

Catatan bulan Mei melibatkan penjualan seperti berikut:

  • Myvi – 2612
  • Axia – 2028
  • Bezza – 1820
  • Aruz – 950
  • Alza – 476

“Dalam era penjarakkan sosial dan tahap kesedaran kebersihan yang tinggi, pengangkutan persendirian memainkan peranan yang lebih penting. Kenderaan diperlukan untuk perjalanan singkat dan dekat bagi membeli keperluan rumah. Pemandu e-hailing juga telah bermula menggunakan kenderaan mereka untuk menghantar barang di samping mengangkut penumpang.

“Kenderaan Perodua amatlah sesuai untuk tujuan-tujuan tersebut, kerana kompak, mampu milik, cekap bahan api, boleh dipercayai, luas dan mudah dipandu,” tambah Dato Zainal.

Penjualan memberangsangkan ini turut disumbang menerusi kempen Sambutan Bermakna Perodua yang menawarkan rebat tunai sehingga RM1,300 bagi Perodua Aruz dan Myvi terpilih termasuk e-baucar RM300.

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!